Thursday, September 26, 2013

HISAB HARTA

Saya rasa semua orang wajib baca cerita nie terutamanya kepada sesiapa yang rasa 'tidak cukup' atau dengan erti kata lain 'tak bersyukur' dgn apa yang dia perolehi terutama melibatkan harta.

Jum kita baca kisah nie.. Mudah-mudahan menjadikan kita orang yang lebih bersyukur dan bersederhana di dalam hidup... amin...

Alkisah seorang Konglomerat (Hartawan) telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah aku mati nanti akan kuwarisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayah sudah menjadi mayat". Selang keesokan harinya dipanggillah semua adik-adiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga aku setelah aku mati nanti selama 40 hari bersamaku di dalam kubur? nanti aku akan memberi setengah daripada hartaku kepada kamu yang sanggup bersamaku. Dan adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin ada manusia yang sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.” Lalu dengan sedih Konglomerat tersebut memanggil ajudannya (pembantunya) untuk mengumumkan penawaran istimewanya itu ke seantero negeri.

Akhirnya sampai jugalah pada hari di mana konglomerat tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya telah dihias dengan megah laksana sebuah peristirahatan termewah yang pernah ada dengan semua kelengkapan. Pada waktu yang sama, seorang Tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu ditanya kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah ertinya menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerjamu ketika menebang kayu di dalam hutan dan bertemu dengan harimau dan hantu penunggu hutan. Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa segera datang ke rumah konglomerat tersebut untuk memberitahukan kepada ahli waris konglomerat tersebut akan kesanggupannya. Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah Sang Konglomerat, Si Tukang kayu itu pun ikut turun ke dalam liang lahat bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan makam tersebut, maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang maka dia segera menjauhkan diri dari mayat konglomerat tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba saatnya Sang konglomerat tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Mungkar dan Nakir menuju ke arahnya dan bertanya "Apa yang kau buat di sini" ? Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah harta wasiatnya" jawab si Tukang kayu. "Apa harta yang ada pada kau sekarang"?  Tanya Mungkar-Nakir. "Aku cuma memiliki sebatang kapak ini saja untuk mencari rezeki" jawab si tukang kayu. Kemudian Mugkar-Nakir beritanya lagi "Dari mana kau dapat kapak ini" ? "Aku membelinya" balas si tukang kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir di hari pertama dari dalam kubur tersebut. Hari kedua Mereka datang lagi dan bertanya "apa yang kau buat dengan kapak ini"?. "Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu api untuk dijual" sergah tukang kayu. Di hari ketiga di tanya lagi "Pohon siapa yang kau tebang dengan kapak ini?. "pohon itu ada di dalam hutan belantara jadi tak ada siapa yang punya" jawabnya. "Kau yakin???" Tanya malaikat lagi. Kemudian mereka hilang dan datang lagi di hari ke empat. Kemudian Mereka bertanya lagi "Adakah kau potong pohon tersebut dengan kapak ini dengan ukuran dan berat yang sama untuk dijual?. "Aku potong agak-agak saje, mana mungkin ukurannya boleh sama rata" tegas tukang kayu. Begitulah seterusnya dilakukan oleh malaikat Mungkar Nakir. Mereka datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah dan yang ditanyakan masih mengenai kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir "hari ini aku akan kembali bertanya soal kapak ini". Belum sempat Mungkar dan Nakir bertanya, si Tukang kayu tersebut malah dengan segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sudah ramai orang yang menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut. Namun si Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua bahagian harta wasiat tersebut oleh kamu semua kerana aku sudah tidak menginginkannya lagi.

Sampai di rumahnya, si isteri bertanya "wahai suamiku, dimanakah setengah harta peninggalan konglomerat tersebut?" Maka si Tukang kayu menjawab "Aku tidak menginginkannya lagi, di dunia ini harta yang aku ada cuma kapak ini, tapi malaikat Mungkar dan Nakir sampai 40 hari  mereka tanyakan dan persoalkan mengenai kapak ini saja. Bagaimana kalau hartaku begitu banyak...entah berapa lama dan bagaimana pula aku mahu menjawabnya"

Sahabat Rasulullah SAW yang paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf ra.  Beliau berkata, sahabat yang paling terakhir masuk surga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau, seperti dari riwayat Aisyah ra yg pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda "Kulihat Abdul Rahman bin’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan (merangkak)!” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad SAW bahawa beliau bersabda,
"Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya & kemana dibelanjakannya & ilmunya sejauh mana diamalkan?"
(HR. Turmudzi)

Kaya tak salah dan tak de masalah tapi yang menjadi masalah dari mana harta kita dan untuk apa digunakan.

Mari sama-sama kita mencari rezeki yang halal dan baik serta digunakan ke jalan kebaikan.
Semoga kita lebih berhati-hati dalam mencari harta dan membelanjakan harta kita.

sumber asal : amekaw.com
Share From : My Networks's Photo

No comments:

Post a Comment