Salam Jumaat semua pembaca.
Hari ni 14 Februari 2014.
Sudah pasti semua ingat tentang date hari nie kan...
Sebagai orang islam INGAT! Hukumnya HARAM menyambut Valentine's Day.
Valentine's Day juga dikenali sebagai hari berkasih sayang.
Tidakkah kita sedar yang islam tu lebih menarik.
Kenapa? Kerana kita dianjurkan berkasih sayang pada setiap hari.
xperlu tunggu hari tertentu untuk berkasih saying.
Tapi perlu diingatkan.. Berkasih sayanglah pada yang HALAL buatmu.
Hari nie saya bukan nak bercerita pasal Valentine's Day..
Mesti dah banyak blog menceritakan pasal tu..
Hari nie saya tertarik dengan berita harian metro online mengenai HIJAB.
Beritanya seperti di bawah... jum baca! Jgn skip ye.. baca betul2.. ^_^
Atas bertudung bawah ‘leggings’
Dulu, bertudung bukan hanya bagi menutup aurat, tetapi dianggap tanda kesopanan bagi seorang wanita. Namun, situasi hari ini agak berbeza. Sesetengahnya tidak mencapai tahap menutup aurat dalam erti kata sebenar.
Seorang remaja lelaki pernah memberitahu saya bahawa video lucah membabitkan gadis Melayu bertudung lebih banyak berbanding gadis tidak bertudung. Dakwaan itu tentunya tidak benar dan sekadar menyedapkan halwa telinga.
Cuma yang nyata, hari ini ramai wanita bertudung, tetapi apabila membongkok ternampak seluar dalam. Ada wanita bertudung, tetapi mengenakan seluar leggings (ketat). Ramai bertudung, tetapi berbaju ketat hingga menampakkan lurah dada.
Malah, ramai wanita bertudung, tetapi memakai wangian menaikkan syahwat lelaki. Ramai bertudung, tetapi menampakkan garisan baju dalam bahkan memakai kain belah sehingga menampakkan betis.
Dengan panjangnya senarai di atas, adakah berbaloi bertudung, tetapi pelbagai lagi punca kemaksiatan lain terdedah? Cukupkah bertudung untuk menutup pintu maksiat dan menjaga kehormatan wanita?
Tentu sekali tidak, kerana rambut hanya salah satu bahagian tubuh wanita yang mampu menarik pandangan serta menaikkan syahwat lelaki. Ada banyak lagi bahagian tubuh wanita yang lebih kritikal.
Firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 59 bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Dalam ayat berkenaan Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Hukum itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
Aurat berasal daripada bahasa Arab ‘aurah’ yang bererti kurang. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain.
Ulama sepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.
Justeru, di sini saya sertakan beberapa panduan menutup aurat:
Pakaian yang longgar
Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi berkata: “Rasulullah SAW didatangkan dengan beberapa helai kain ‘qubtiyah’ (sejenis kain nipis buatan Mesir), lalu baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.”
Apabila aku berpaling untuk beredar baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Ibn Rusyd dalam menjelaskan hadis berkenaan berkata, ‘qubtiyah’ ialah pakaian yang tebal, tetapi melekat pada badan kerana ia ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya.
Oleh sebab itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah agar meminta isterinya melapik pakaian berkenaan dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
Hari ini sesetengah pakaian yang asalnya adalah Islamik diubah suai sehingga mengelirukan ramai orang. Banyak jubah menggunakan kain yang melekap di badan pemakai sehingga memperlihatkan bentuk tubuh.
Jubah yang pada asalnya adalah sinonim dengan penghayatan Islam menjadi pakaian menjolok mata. Dalam situasi ini, kadangkala baju kurung yang lebih menampakkan ciri keMelayuan kelihatan lebih baik kerana kebiasaannya ia longgar.
Pakaian tidak jarang
Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Tidak bertabarruj (berhias)
Firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 33 bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu...”
Sesetengah ulama mentafsirkan perkataan ‘tabarruj’ sebagai wanita yang memakai wangian sewaktu keluar dari rumah. Ulama lain pula mengatakan bahawa ia bermaksud memakai perhiasan seperti barang kemas sehingga menarik perhatian lelaki.
Kemudian, ada ulama yang mengkategorikan wanita melenggokkan suara mereka ketika berinteraksi dengan lelaki ajnabi sebagai tabarruj. Malah, ada juga ulama yang mengatakan pakaian berwarna terlalu terang juga dalam kategori tabarruj.
Ringkasnya, tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, keindahan dan kecantikan yang sepatutnya wajib ditutup.
Kesimpulannya, hukum menutup aurat mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh Muslimah untuk manfaat yang terbaik bagi diri mereka sendiri.
Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)
P/S Untuk kaum Hawa :
Kan lebih manis dan selesa kita menutup aurat dengan sempurna, berpakaian labuh dan longgar serta tidak jarang.
Ingat Berhijab itu bukan sekadar bertudung sahaja, kaum hawa hanya dibenarkan mendedahkan kedua pergelangan tangan dan muka SAHAJA. Yang lain perlu ditutup dengan SEMPURNA!
Ramai kaum hawa kini bertudung dan berpakaian baik tetapi masih tidak sempurna.
Kenapa? Kerana ramai yang sekadar MEMBALUTI AURAT dan BUKAN MENUTUP AURAT.
Semoga menjadi renungan bersama..
Jum klik sini untuk mengetahui lebih lanjut video tentang aurat.
Perkongsian melalui laman Facebook..
Semoga bermanfaat..
Wassalam..
Share From :
Harian Metro
Koleksi Video Menarik Dan Lawak Facebook
No comments:
Post a Comment