Thursday, March 21, 2013

~ Asal Usul Api Di Dunia ~

Diriwayatkan bahawa Rasululallah
SAW pernah menceritakan betapa
asalnya kejadian api di dunia ini.
Setelah nabi Adam ASdihantar ke
dunia kerana kesalahannya memakan
buah larangan maka Allah SWT telah
memerintahkan malaikat Jibril AS
supaya mengambil api dari neraka
untuk dihantar ke dunia untuk
kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril
AS pun diperintahkan utk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga
api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah
utk mengambil sedikit api neraka utk
dihantar ke dunia bagi kegunaan
Adam AS.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma
api neraka itu engkau bawa, nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan
tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku
sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh
buah kurma api neraka ini engkau
letakkan di dunia nescaya tidak akan
turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun
tumbuhan akan tumbuh di bumi
nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit
ini maka Jibril AS pun menghadap
Allah untuk mendapatkan saiz yg
perlu di hantar ke dunia.
Allah SWT pun memerintahkan supaya
Jibril mengambil sebesar ZARAH
sahaja dari api neraka utk di bawa ke
dunia.

Maka Jibril AS pun mengambil
api neraka sebesar zarah dari
Zabaniah tetapi oleh kerana
kepanasan yg keterlaluan api neraka
sebesar zarah itu terpaksa disejukkan
dengan mencelupnya sebanyak 70
kali kedalam sungai di syurga dan
sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api
itu turun ke dunia dan diletakkan
diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus
setelah diletakkan api tersebut,tiba-
tiba bukit itu terus meleleh dan
cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril
mengambil semula api tersebut dan
menghantar semula ke neraka.

Hanya
sisa-sisanya sajalah yang terdapat di
dunia ini seperti api yg sering kita
gunakan untuk pelbagai keperluan
termasuk api gunung berapi dan
sebagainya.


Wallahuaqlam...


No comments:

Post a Comment