1. Bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
2. Sebelum tidur, solat sunat
Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi Rasulullah SAW ajar.
3.
Setiap malam apabila hendak
tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunan kepada Allah diatas
segala dosa manakala bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
4.
Sebelum tidur fikirkan
dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa
selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
5.
Setiap hari bacalah
al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah
sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati
yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu
dikatamkan dua kali setiap tahun.
6. Dirikan Solat Tahajud di waktu ¾ malam
sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya
1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh. Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang
soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan
ditinggalkan.
7. Selepas
Subuh, zikir 300 pagi [tasbih,tahmid dan takbir - 100x,
selawat - 100x & Istighfar - 100x]. Zikir sangat penting
kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman.
Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan
minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan
dan minuman.
8. Kemudian
selepas 15 minit naik matahari, bolehlah mendirikan solat sunat Isyraq
4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada
hari itu.
9. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh
dilakukan di antara jam 8-12 tengahari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan
solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang lalai dan
lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
10. Selepas
solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi
Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam
hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat
baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
11. Selepas
solat fardhu Asar, zikir 300 petang, [tasbih,tahmid
dan takbir - 100x, selawat - 100x & Istighfar - 100x].
12. Kemudian
baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW
bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’,
maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah
tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya
Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa
syirik.”
Surah An- Naba' - memiliki 40 ayat
13. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
Surah An- Naba' - memiliki 40 ayat
13. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
14. Kemudian
bacalah surah Al-Waqiah. Allah janji
sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran &
kemiskinan tidak akan menemuinya.
15. Selepas
Isya’ bacalah surah Al-Mulk. Allah
janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi
tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
16. Setiap
malam bacalah Ayatul Kursi dan
“Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk
melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan.
untuk more info: klik!
untuk more info: klik!
17. Setiap
malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah
keampunanmu kpd Allah diatas
dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
18. Sebelum
tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga
mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk
membentuk sifat Taqwa.
19. Setiap
hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran)
walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati.
Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran
janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu
dikatamkan dua kali setiap tahun.
20. Setiap
pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi,
kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh-
Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi
SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
21. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir
didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.
Berzikirlah ‘Lailahailallah’
sebagai amalan tetap dan berkekalan.
22. Puasa
sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada
suami-suami kamu.
23.
Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi
SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
24.
Dalam waktu Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir
akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
25.
Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga,
lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana
yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Sumber : Google
No comments:
Post a Comment