Friday, November 15, 2013

CHEESE CAKE PALING SIMPLE

RESEPI UNTUK DI KONGSI :)

Bahan-Bahan:

# Chesdale Cheese - 6 Keping
# Majerin - 1 Sudu Besar
# Telur - 6 Biji saiz Besar
# Susu Dutch Lady kotak kecil - 250ml
# Tepung gandum - 1 Cawan
# Tepung Kasted - 2 Sudu Besar
# Tepung Jagung - 3 Sudu Besar
# Esen Vanila - 2 Sudu Teh
# Gula Aising - 1/2 Cawan (Nak manis leh tambah sikit sukatan)

Cara-CaraNya:

1. Carik-carikkan chesdale cheese seperti gamba di bawah nieee..
 

2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
3. Sediakan 3 bekas adunan berlainan...

BEKAS (A) - Putih telur dipukul sehingga kembang. (jadi macam buih sabun).
                  Selepas tu masukkan gula aising sikit demi sedikit pukul lagi sampai gula habis.
                  (masuk gula pukul, masuk gula pukul lagi, pastikan gula betul-betul hancur) ~ Ketepikan

BEKAS (B) - Kuning telur dipukul sehingga kembang juga ~ Ketepikan

BEKAS (C) - Masukkan majerin, susu dutch lady, dan kepingan cheese ke dalam periuk.
                       Masak di atas api dapur dengn api yang perlahan sehingga cheese cair.


4. Selepas Cheese dah cair, satukan BAHAN (B) dan BAHAN (C). Gaul rata guna spatula. Masukkan BAHAN (A), gaul rata. Kemudian masukkan tepung kasted, tepung jagung dan esen vanila, gaul lagi. ~ Gaul dan pukul sikit, pastikan ia rata. Kalau tak tepung akan jadi berketul-ketul bila kek masak.
5.Selepas semua sudah sebati, sapukan sedikit majerin dalam loyang. Balut bahagian luar loyang dengan aluminium foil.
6. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang.
7. Panaskan oven dengan suhu 170°C selama 5 - 10 minit.
8. Kalau ada loyang besar, isi loyang besa dengan air panas, masukkan loyang berisi adunan dlm loyang besar tu. Kalau xde, macam saya gunakan tray oven, letak adunan, isikan air panas sikit kat tray tu pon boleh. Tapi kena slalu tgok, bila air dah kering kna tambah. :p
9. Bakar selama 45-60 minit dengan suhu 170°C. Bila nak dekat masak turunkan suhu kepada 150°C.


Note:
- Sukatan nie utk 2-3 orang makan.
- Suhu oven bergantung kpd oven anda.
- Pukul telur biar betul-betul kembang supaya kek jadi mcm span.
- Guna esen vanila lebih sebab nak hilangkan bau hanyir telur.
- Guna tepung jagung & kastard utk lembutkan adunan.



Semoga bermanfaat & Slamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment