# Chesdale Cheese - 3 Keping
# Majerin - 1 Sudu Besar
# Telur - 6 Biji saiz Besar
#Serbuk Koko – 1/2 Botol Kecil
# Tepung gandum - 1 Cawan
# Tepung Kasted - 2 Sudu Besar
# Tepung Jagung - 3 Sudu Besar
# Esen Vanila - 2 Sudu Teh
# Baking Powder – 1 Sudu Teh
#Coklat Masakan (Coklat Bar Nona) – 1 Peket
# Gula Aising - 1 Cawan (Nak manis leh tambah sikit sukatan)
Cara-CaraNya:
1. Carik-carikkan chesdale cheese jadi kecil
2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
3. Sediakan 3 bekas adunan berlainan...
BEKAS (A) - Putih telur dipukul sehingga kembang. (jadi
macam buih sabun).
Selepas
tu masukkan gula aising sikit demi sedikit pukul lagi sampai gula habis.
(masuk gula pukul, masuk gula pukul lagi, pastikan gula betul-betul hancur) ~
Ketepikan
BEKAS (B) - Telur kuning pukul sehingga kembang juga ~
Ketepikan
BEKAS (C) - Masukkan majerin, susu dutch lady coklat, kepingan
cheese, serbuk koko, satu barisan coklat bar ke dalam periuk. Masak di atas api
dapur dengn api yang perlahan sehingga cair.
4. Selepas dah cair, satukan BAHAN (B) dan BAHAN (C). Gaul
rata guna spatula.
5. Masukkan BAHAN (A), gaul rata. Kemudian masukkan
tepung kasted, tepung jagung, baking powder dan esen vanila, gaul lagi. ~
Gaul dan pukul sikit, pastikan ia rata. Kalau tak tepung akan jadi
berketul-ketul bila kek masak.
6.Selepas semua sudah sebati, sapukan sedikit
majerin dalam loyang. Balut bahagian luar loyang dengan aluminium foil.
7. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang.
8. Panaskan oven dengan suhu 170°C selama 5 - 10 minit.
9. Kalau ada loyang besar, isi loyang besa dengan air
panas, masukkan loyang berisi adunan dlm loyang besar tu. Kalau xde, macam saya
gunakan tray oven, letak adunan, isikan air panas sikit kat tray tu pon boleh.
Tapi kena slalu tgok, bila air dah kering kna tambah, kalau tidak, bahagian
bawah kek akan hangit :p
10. Bakar selama 45 - 60 minit dengan suhu
170°C. Bila nak dekat masak turunkan suhu kepada
150°C.
150°C.
11. Selepas kek dah masak, biarkan sejuk seketika.
Topping
Bahan-bahannya:
- Minyak masak / majerin 1 sudu
- Lebihan coklat bar tadi- Susu Dutch Lady 1/2 Cawan
Cara-caranya:
1. Masuk semua bahan di atas ke dalam periuk, masak
sehingga cair.
2. Kemudian tuang di atas kek.
Nota:
- Sukatan nie utk 3-5 orang makan.
- Suhu oven bergantung kpd oven anda.
-Untuk rasa yang lebih sedap, sejukkan di dalam peti ais.
-Boleh dihias dengan Coklat rice, ceri atau buah strawberry. Terpulang kepada kretiviti anda.
No comments:
Post a Comment