“Ajarlah anak-anakmu tiga perkara
mencintai Nabimu, mencintai keluarganya, serta membaca al Quran
kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy Allah bersama para anbiya' dan
orang-orang sucinya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah..”
Riwayat Tabrani dari Ali
bin Abi talib.
Ibu dan ayah mencorakkan anak-anak samada akan
menjadi yahudi, majusi atau nasrani.
Di bawah ini saya petik sedikit Bagaimana Cara
Mendidik Anak Menurut Islam dari Mufti Selangor.
Pendahuluan
Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak
ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka
berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat
serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani"
yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
Membentuk Dunia Kanak-kanak.
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa
menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya.
Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu
sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu
membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga
terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah
S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai
kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau
harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih
berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak
kerohanian, iaitu:
1. Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan
supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman
dan At-Taubah.
2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah
S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang
soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada
sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada
darah daging yang halal.
4. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan
sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan
bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat
dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu
yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan
kesihatan diri dan anaknya.
5.Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan
diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini
sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi
ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang,
perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya
berdebar-debar kerana bayi
dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera
diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang
bermaksud:
" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B.
Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a" (Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi
disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma.
Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat
mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada
Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah
kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya
lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku"
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa
disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor
kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya
pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan
rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
(Riwayat Abu Daud,
Termizi dan Nasa)
Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan
makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya
hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan
(lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan
sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap,
hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat,
zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.
Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan
teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan
rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik
pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana
kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa
yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini
anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan
berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah
dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah
dilatih mendirikan sembahyang.
Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula
diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1. Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada
kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa
terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak
yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa
kasih sayang antara ahli keluarg
2. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada
guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang
bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua
adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih
bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik.
Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah
terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur
atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya
dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.4. Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5. Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6.Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7. Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.
Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.
Sumber :
Blog Wadah Bicara &
Mufti Selangor

Semoga bermanfaat ..
No comments:
Post a Comment