Thursday, December 20, 2012

~TANDA-TANDA KIAMAT~

Cantik Date hari nie… 20122012

Ramai yang berpendapat bahawa 2012 adalah pengakhir zaman, malah ada juga yang mempercayai bahawa kiamat berlaku pada tahun 2012. Mungkin ramai yang beranggapan sedemikian kerana terikat dengan movie ‘2012’.
Kajian Nasa mengatakan yang bumi diramalkan akan bergelap selama 3 hari samaada bermula pd hari esok 21122012 atau pada 23,24,25 Dis. nie... itu hanyalah kajian.
Ini kerana bumi diramalkan akan berada sebaris dengan planet lain menyebabkan bumi terlindung daripada sinaran matahari... Wallahualam... sesungguhnya Allah maha mengetahui..

Sabda Rasulullah S.A.W bahawa:
Kiamat akan terjadi apabila 10 tanda besar (Kiamat Kubra) berlaku..

Marilah sama-sama kita berkongsi ilmu mengenai TANDA-TANDA KIAMAT nie...


~TANDA-TANDA KIAMAT~

Antara Peristiwa yang berlaku sebelum Kiamat Kubra (Kiamat terbesar)

  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan,buku, gambar, risalah atau filem.
  3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  14.  Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.
  16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  22. Timbul penyakit ganjil  seperti Aids dan lain - lain.
  23. Banyak berlaku gempa bumi.
  24. Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
  25. Arak jadi minuman seharian (rasmi).
  26. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
  27. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
  28. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
  29. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
  30. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
  31. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
  32. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
  33. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah


Tanda Kecil  Sudah pun berlaku kini!!!

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis
  2. Zina berleluasa
  3. bermaharajalelanya alat muzik
  4. Bermegah dalam mendirikan masjid
  5. Banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap buruk dalam tetangga
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia
  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
  8. Mengucapkan salam dengan orang yang dikenali sahaja
  9. Banyak wanita yang berpakaian tapi hakikatnya mereka bertelanjang
  10. Bulan sabit kelihatan besar
  11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  12. Banyak saksi palsu
  13. Negeri arab menjadi padang rumput dan sungai
  14. Manusia mewarnakan rambutnya hitam untuk kelihatan muda
  15. Munculnya kehidupan mewah dalam umat islam

Tanda Besar (Kiamat Kubra) - 10 tanda yang disebutkan Rasulullah S.A.W

  1. Dukhan (asap)  - menyebabkan penyakit seperti selesema bg orang beriman dan mematikan orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit daripada tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. - Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : 
" Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar "

                           
Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang...



Sama-samalah kita memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.. amin... 



 Thanks for reading this entry.. semoga peroleh manfaat.. amin...

No comments:

Post a Comment