Wednesday, December 19, 2012

~ SOLAT YANG DITOLAK ~


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". 

Malaikat Hafazah adalah malaikat yang mengangkat sembahyang seseorang yang diterima hingga ke tingkatan-tingkatan langit yang tinggi. Kesan bagi mereka yang sembahyangnya diterima ialah dia merasa manisnya melakukan ibadah sembahyang dan sangat suka melakukannya.

Bagi sembahyang yang ditolak, Malaikat Hafazah akan membawa sembahyang itu turun kembali ke bumi dan dicampakkan ke muka orang yang melakukan sembahyang itu. Kesan bagi orang yang sembahyangnya ditolak ialah dia akan merasa malas untuk melakukan ibadah sembahyang dan tidak merasakan kemanisan dan keseronokan sembahyang itu.

Mengapakah sembahyang ditolak? Ada dua sebab kenapa sembahyang ditolak iaitu :-
·           sembahyang itu batal
·           sembahyang itu rosak

Maka hendaklah kita sentiasa memperbaiki sembahyang kita supaya ianya menjadi sempurna dan diterima ALLAH swt. Untuk memperbaiki ibadah adalah dengan banyakkan belajar dan menuntut ilmu.

SEMBAHYANG YANG ROSAK 

Sembahyang rosak ertinya sembahyang itu sah tetapi tidak mendapat apa-apa pahala kerana ia kurang sempurna atau ada kesilapan. Sembahyang boleh rosak kerana dua perkara ini :-

1) Rosak pada zat iaitu ada kesilapan pada rukun-rukunnya.
2) Rosak pada waktu itu sengaja lengahkan waktu (hingga ke saat akhir waktu)

Sembahyang yang rosak tidak boleh diganti atau diqadakkan. Maka jagalah sembahyang kita supaya tidak rosak kerana dari Hadith Rasulullah saw yang bermaksud :-
·                       Amal tanpa ilmu adalah ditolak
·                       Rosak sembahyang semua ibadah ditolak.
Sembahyang yang rosak adalah lebih rugi dari sembahyang yang batal kerana kalau sembahyang kita batal, boleh diganti dengan mengqadakkannya. Tetapi bila sembahyang itu telah rosak ia tidak dapat diulang kembali kerana ia adalah sembahyang yang sah dari segi hukum. Sembahyang yang sah tidak boleh diulang kembali.



Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT." 






12 AZAB TINGGALKAN SOLAT
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
·         Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
·         Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
·         Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
·         Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
·         Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
·         Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
·         Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
·         Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
·         Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
·         Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
·         Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
·         Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

Sesungguhnya solat itu tiang agama.. wajib bagi kamu bersolat.....



 Thanks for reading this entry.. semoga peroleh manfaat.. amin...

1 comment:

  1. Saya ada sebuah buku berjudul SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah. Ini adalah sebuah buku analisis yang mengaitkan rukun-rukun solat dan hukum-hakam solat dengan kemungkaran, keperibadian, menegakkan Islam (Islam sebagai cara hidup atau way of life, rahmat Allah. Lihatlah ringkasannya di blog http://sembahyangditolak.blogspot.com Dan dengan rendak hati saya memohon agar pembaca sudi respond atau menulis komen di mana-mana halaman yang ada.

    ReplyDelete