Dan hari nie merupakan jumaat
terakhir bagi tahun 2012..
Bagaimanakah
amal ibadat kita tahun ini, adakah diterima?
Bagaimana pula tahun 2013?
Adakah kita masih bernafas untuk tahun 2013?
Wallahualam.. Sesungguhnya
Allah lebih maha mengetahui..
Sama-samalah kita berdoa
semoga Allah memanjangkan usia kita,
serta memberi kita peluang
untuk membersihkan dosa-dosa kita disamping menambahkan amalan untuk bekalan
kita kelak.. Disamping itu, marilah kita menanam azam untuk menjadi
manusia yang lebih baik… amin…
Di sini, saya nak berkongsi
sedikit tentang…
KETIKA MALAIKAT MENCABUT NYAWA
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di surga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya.
Ini adalah karena sangat rindunya pada surga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril as.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril as akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Wallahu a'lam.
Doa Nabi Yusuf 'alaihis salam:
تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Ya Allah , Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang shaleh.” (QS. Yuusuf: 101) , Aamiin Allahumma aamiin ...

Thanks for reading this entry.. semoga peroleh manfaat.. amin...
No comments:
Post a Comment