Surah Ad-Dukhan adalah Surah ke 44 dalam Al-Quran.
Dinamakan Ad-Dukhan kerana ‘Ad-Dukhan’
bererti ‘kabut, jerebu atau asap’.
Ia menerangkan tentang amaran Allah
SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka
akan ditimpa azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan
kebuluran yang amat dasyat. Di akhir surah ini juga ada menceritakan tentang
dunia akhirat. Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang surah nie.. jum la
beramai-ramai kt bukak tafsir quran..
Bila di amati balik sejarah hidup
Rasulullah, boleh mengalir air mata membacanya. Betapa besarnya pengorbanan
baginda dan para sahabat dalam memperjuang dan menyebarkan ajaran islam. Memang
layaklah mereka menjadi penghuni jannah Allah!
Namun, di zaman kita skrg ramai di
antara kita yang islam hanya atas nama & kertas semata-mata.. Nauzubillah..
Sama-samalah kita berazam dalam diri untuk menjadi manusia terbaik, melakukan
dengan perbuatan, menambahkan keimanan dalam diri, melaksanakan perintah Allah
dan meninggalkan larangannya untuk bekalan kita sebelum kita pulang menemuiNya…
~Di waktu kamu lahir ke dunia, kamu menangis
dan orang di sekelilingmu tersenyum. Apabila sampai waktunya kamu mengucapkan
selamat tinggal kepada dunia, biarlah orang di sekelilingmu menangis dan kamu
tersenyum~
inilah SURAH AD-DUKHAN...
Fadilat Surah Ad-
Dukhan
Semoga
dengan kita mengetahui fadhilat surah ini, membolehkan kita lebih berminat
untuk mendalami Al-Quran, malah lebih mencintai Al-Quran… amin..
Tapi jangan lupa surah-surah al-quran
yang lain juga punyai fadhilat dan jangan lupa untuk turut mengamalkannya..
Surah Ad-Dukhan juga dikenali dan
dikaitkan sebagai surah pengampunan yang mana malaikat turut berdoa kepada
Allah agar mengampunkan dosa-dosa si pembaca surah ini.
Terdapat beberapa hadis RAsulullah
yang menerangkan akan fadhilat membaca Ad-Dukhan.. Antaranya:-
1. Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di
dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan
datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan
memohon kepada Allah SWT dengan berkata; “Ya Allah! Janganlah Dikau
masukkan ke dalam neraka orang ini yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR:
Al Baihaqi).
2.
Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada
Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?.
Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka
baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah,
kemudian dia pergi”.
3. Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam
solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka
Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang
mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di
bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan
memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR:
Abu Hamzah Tsumali)
Di Malam Jumaat
1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa
membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka
diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
2. Dari
Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR:
At Tabrani).
3.
Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang
membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni
dosa-dosanya yang telah lalu.” Baginda
SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam
Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) sampai ke pagi oleh tujuh
puluh ribu Malaikat.”
~ Dengan ini, bolehlah kita sama-sama mengamalkan membaca surah yasin
beserta surah Ad-Dukhan setiap malam jumaat. Antara fadhilat lainnya agar kita terselamat dengan
huru-hara di Padang Mahsyar.
Di Mohonkan Keampun oleh Malaikat
1. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan
setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon
ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
2.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu
malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu
Katsir)
3.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam,
maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
Khasiat Ayat-Ayat
Surah Ad-Dukhan
1. Mengamalkan
membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
2. Khasiat ayat 1-8 ~
Membantu membinasakan musuh.
3. Khasiat ayat 12 ~ Dijauhkan
daripada ditimpa bala.
4. Khasiat ayat 68-73
~ Dapat membantu memenangi berhujah.
Cuba la anda bayangkan betapa banyaknya fadhilat yang Allah berikan kepada hambanya yang membaca surah ini.. Jika anda menghafalnya lebih-lebih la lagi anda dapat.. Dengan selalu mengamalkannya pasti anda boleh menghafalnya..NAmun, mesti diingat bahawa jangan anda membacanya hanya kerana mahu memperoleh fadhilat sahaja tapi lebihkan nawaitu / niat utama kerana mendapatkan keredhoan Allah..
Akhir sekali, marilah sama-sama kita mengamalkan surah ini. Cubalah anda membacanya, mengamati maksudnya, pasti anda akan merasai kelainannya.. Sesungguhnya hati-hati itu akan menjadi tenang dan 'hidup' apabila banyak membaca dan mendalami Al-Quran serta mengingati kematian.. Semoga Allah menghapuskan segala doasa-dosa kita, menerima segala amalan kita, menjadikan kita 'bersih' seperti bayi yang baru lahir ke dunia.. amin.. ya rabbal alamin... Marilah sama-sama kt mencintai Al-Quran..
Thanks for reading this entry.. semoga peroleh manfaat.. amin...
No comments:
Post a Comment