Saturday, December 15, 2012

~ HARI JUMAAT ~


Cantik date dlm kelender islam hari nie, jumaat... 1/2/34H..
Tahukah anda mengenai hari jumaat??? 
Kat sini saya nak share sikit..smg mendapat secebis ilmu dr entry nie..

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W meriwayatkan bahawa Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita, sedangkan kita sesudah mereka.
Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

~KELEBIHAN HARI JUMAAT~

 1. Berlakunya Hari Qiamat.

2. Hari Nabi Adam Dicipta Dan Hari Dimana Baginda Disingkirkan Dari Syurga Dan Diturun Ke Bumi Serta Hari Dimana Nabi Adam Diwafatkan.
3. Penghulu Segala Hari. ~ ‘Saidul aiyam’ (hari yang sebaik hari).

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, 
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”



6. Di Makbulkan Allah Doa Hamba-Hambanya.

7. Malaikat Turun Ke Bumi.
~ Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
~ Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

~ALAMAN SUNNAH HARI JUMAAT~






~ALAMAN TERBAIK HARI JUMAAT~
~ Bagi muslim, bersegeralah ke masjid.

~ Digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”
~ Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.
~ Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga hentikanlah daripada berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian dengarkan khutbahnya.
~ Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, bacalah Al-Fatihah,  surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan An-Nas sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata. Dengan bacaan itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
~ Pada malam Jumaat bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
~ Memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi.
~ Seeloknya beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat. Sebab itulah hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W.   




 Thanks for reading this entry.. semoga peroleh manfaat.. amin...



No comments:

Post a Comment