“Wahai segenap
manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di
dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah
menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya
sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan
itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban.
Ramadhan merupakan bulan
kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan
santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya.
Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa,
maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta
mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala
orang berpuasa tersebut.”
(HR Khuzaimah)
BULAN RAMADHAN
-
Umat Islam diwajibkan berpuasa dan
disunatkan mengerjakan solat Terawih pada malamnya.
-
Bulan di mana Al-Quran diturunkan.
-
Terbukanya pintu-pintu syurga &
tertutupnya pintu-pintu neraka
-
Terbukanya Pintu Rahmat (Belas Kasihan Allah Terhadap Hamba-NYA) dan
terbukanya pintu Langit seluas-luasnya.
-
Bulan yang
penuh dengan keberkatan - Bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,
pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala
yang menjadi penebus dari neraka serta diikat semua iblis & syaitan.
-
Bulan yang
diampunkan dosa-dosa lalu – Sabda Nabi S.A.W “Barangsiapa yang mengerjakan
puasa dibulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah,
nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”(Hadith sahih, Riwayat Bukhari &
Muslim)
-
Bulan kemenangan untuk umat islam –
Kemenangan dalam peperangan Badar Al-Kubra.
-
Memiliki satu malam yang lebih baik
daripada seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar.
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.
Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.
Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan
Ramadhan :
1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.
2) Menunaikan solat Tarawih.
3) Qiamullail
4) Memberi sedekah.
5) Banyakkan beristifar, berdoa dan memohon keampunan
daripada Allah SWT.
6) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.
7) Serta amalan-amalan terpuji yang lain
Antara amalan-amalan yang dilakukan Rasulullah S.A.W dan para sahabar pada malam-malam terakhir Ramadhan :
1) Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian
2) Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah
3) Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah
4) Uzlah (tidak mendekati) isteri
5) Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamullail di masjid atau surau
6) Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir, dan sirah nabi
7) Memperbanyakkan tasbih, tahmid, takbir, istifar dan berselawat
8) Memperbanyakkan tadarus Al-Quran serta berzikir kepada Allah
9) Bersolat tarawih, witir, tahajut, taubat & solat hajat
10) Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini
11) Berdoa kehadrat Ilahi.
Baginda selalu membaca doa ini:
"Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat. Serta peliharalah kami daripada siksaan api neraka yang pedih"
Apakah itu Lailatulqadar?
Sebahagian ulama berpendapat al-Qadr bermaksud pengagungan. Lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki
keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para
malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan
menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam
itu.
Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku." – Surah al-Dukhaan: 3-4.
Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.
Berdasarkan hadis di atas kita seharusnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.
Aisyah r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.
Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):
"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
::
Sesungguhnya kita tidak tahu adakah ini Ramadhan terakhir buat kita. Masihkah
kita diberi peluang untuk bertemu Ramadhan akan datang???
Marilah
bersama-sama kita berdoa agar kita tersenarai diantara hamba-hamba Allah yang
terpilih untuk menghidupkan malam Lailatulqadar. Semoga segala amalan kita
dibulan yang mulia ni terima olehNya serta membentuk akhlak diri menjadi hamba
yang lebih baik serta bersih dari dosa sebelum kita dijemput mengahadapnya
kelak.. Amin ya Rabbal alamin..
SeLaMat BerSaHur, SeLaMat BerPuaSa, SeLaMat BeRBuKa... SaLaM RaMaDHaN SeMua ^_^
No comments:
Post a Comment