Tahukah kita malam semalam merupakan malam Nifsu Syaaban? (Malam
23/6/2013 bersamaan 14 Syaaban 1434H. Dan hari ini juga disunatkan berpuasa :)
Di sini saya nak kongsi sikit maklumat yang saya dapat mengenai malam
yang mulia ini iaitu MALAM NIFSU SYAABAN.
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar
berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama
orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan
Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan,
bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan
orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam
Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada
malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam
Lailatul Qadar."
Malam
pengampunan.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam
Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan
manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para
malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya.
Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat
orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang
yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
Terbuka Pintu Langit
Pada Malam Nifsu Syaaban,
pintu langit dan pintu rahmat di buka dan Allah mengampunkan orang yang
tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nifsu Syaaban akan terbuka
segala pintu langit.
Tidak Diampunkan
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang:
~ Menyekutukan
Allah dengan sesuatu,
~ Tukang sihir
dan ahli nujum,~ Derhaka terhadap ibubapa,
~ Peminum arak,
~ Penzina,
~ Pemakan riba,
~ Pembuat firnah,
~ Suka bermusuhan,
~ Menipu dalam perniagaan.
~ Memutuskan tali silaturrahim.
Sesetengah
ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki
umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban,
maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.
Firman Allah
SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki,
dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat
39)
“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
Antara
solat-solat sunat yang boleh didirikan adalah:
Solat Sunat
Mutlaq
Solat Sunat
IsyraqSolat Sunat Dhuha
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir.
Nabi SAW
bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah
tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah
SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW
apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat
demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
Sesungguhnya
dengan kita mengamalkan amalan - amalan mulia di bulan syaaban ini, dapat
melatih kita untuk mempersiapkan diri menjelang Ramadhan.
Kesimpulan yang saya dapat buat tentang entry ini:
:: Nifsu Syaaban merupakan hari dimana buku amalan kita ditukar kepada buku yang baru. Di hari itu jugalah tersenarai nama-nama yang akan mati pada tahun itu. Dengan itu, adakah kita sempat bertemu dengan Nifsu Syaaban dan Ramadhan akan datang???
Marilah kita sama-sama bermuhasabah... wallahuaqlam...
Semoga
bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment