Thursday, July 25, 2013

Nuzul Al-Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
~ Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa dan memiliki banyak fadilat.
~ Ia juga dikenali sebagai bulan yang lebih baik daripada seribu bulan yang mana amalan pada bulan itu lebih baik daripada seribu bulan.
~ Biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?
Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam al-qadar adalah anugerah yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna sekiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT.

3 Masa yang diutamakan membaca al-Quran
1- Pada waktu tengah malam sehingga fajar
2- Antara Maghrib dan Isyak .
3- Sesudah solat Subuh . 

 Sesungguhnya terdapat banyak kelebihan dengan membaca al-quran antaranya dapat menyucikan segala dosa, memberikan ketenangan kepada hati, serta menambahkan iman seseorang. Details tentang kelebihan membaca al-quran ini saya akan kongsi di entry satu lagi ye.
 
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”



Semperna Nuzul Al-Quran esok, marilah kita sama-sama menghayati Al-Quran. Kita tidak pernah menatap wajah Rasulullah S.A.W. Namun, al-quran adalah satu-satunya mukjizat terhebat yang baginda tinggalkan untuk kita. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Ia merupakan senjata yang paling tajam, yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa. Marilah sama-sama kita melatih diri membaca al-quran setiap hari.

Saya yakin setiap rumah orang islam itu memiliki al-quran, namun tak semua orang itu mengamalkan bacaannya setiap hari. Kita boleh dan mudah sekali membaca novel yang tebal dan menghabiskannya dalam waktu yang singkat. Namun, amat sukar membaca al-quran. Pernahkah kita bertanya pada diri kita, sehingga usia kita hari ini berapa kalilah kita khatam al-quran? Berapa surah al-quran kah yang telah kita hafal? bilakah kali terakhir kita memegang Al-Quran? (bukan yasin ye) Dan yang paling penting bilakah kali terakhir kita membaca Al-Quran??? Dan yang paling penting bilakah kali terakhir kita membaca Al-Quran??? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas?? Tahun lepas??? 2 tahun lepas??? 5 tahun lepas??? 10 tahun lepas??? ...
Wallahuaqlam...
Renung-renungkan, semoga bermanfaat.

Share From:

- Buku "Indahnya Hidup Bersyariat "
Halaman 258-259
Dato' Ismail Kamus by

mselim3.blogspot.com
nurpasti.blogspot.com
www.islam.gov.my
ms.wikipedia.org -Nuzul_Quran

No comments:

Post a Comment