Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali, manakala Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali .
2- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga dan ada dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga .
3- Menurut Ibn Abbas R.A pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
4- Mereka akan selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
5- Allah mengangkat martabat pembaca al-quran
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.
(Hadis Riwayat Muslim)
6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela.
Daripada Nawwas
Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan
al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului
dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (
mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat
Muslim)
7- Al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat
Daripada Abu
Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:7- Al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
8- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga .
9- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat .
10- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin .
11-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka .
12-Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit .
13-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu .
14-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .
15-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .
16-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran .
17-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat .
18-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup .
19-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti .
20-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan .
21-Membaca Al-Quran dengan susah menyebutnya memperoleh
2 pahala .
Daripada Aisyah
r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang
membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
22-Mereka diumpamakan buah yang ranum dan sedap
rasanya.
Daripada Abu
Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :“Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
23-Mukjizat besar yang dapat menenteramkan jiwa,
mengawal emosi dan amarah, serta memperoleh ketenangan (Sakinah)
Daripada Barra’
dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di
sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang
pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa
tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun
disebabkan bacaan al-Quran”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
24-Kefahaman yang sahih tentang Al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada
Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di
dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang
al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan
kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
25-Sebaik-baik manusia adalah yang mempelajari Al-Quran
dan mengajarnya.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda
: “Sebaik manusia di
antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari)
Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.
ReplyDelete