Thursday, August 15, 2013

Bagaimana pengakhirannya...

Ada di kalangan kita yang meninggal dunia di pejabat, di atas jalan-raya, di kamar tidur, di bilik rawatan, di padang permainan, di pesta hiburan, di meja perjudian dan sebagainya.

Di antara petanda kebaikan y...ang bakal diperolehi oleh seseorang hamba Allah pada kehidupan seterusnya boleh dilihat pada kepada pengakhiran kehidupannya (husnul khotimah).

Seorang anak muda mati lemas setelah beliau berjaya menyelamatkan nyawa dua anak remaja yang ditelan ombak di lautan.

Seorang bilal di Bangi meninggal dunia baru-baru ketika beliau sedang bersujud dalam solat sunat selepas solat zuhur secara berjamaah.

Seorang mahasiswa di sebuah IPTA meninggal dunia ketika beliau sedang bersujud di dalam solat tahajjudnya.

Seorang guru MRSM terkorban apabila beliau terkena tembakan senjata api ketika beliau sedang berdakwah di selatan Filipina.

Sesungguhnya pengakhiran kehidupan mereka sudah menjadi petanda kebahagian mereka di akhirat kelak.

Rasulullah saw telah bersabda,

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

“Barang siapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga.”

(Hadith riwayat Abu Daud - Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

Bagaimana dengan kita?...
 
 
Share From: Dr Zainur Rashid Zainuddin

No comments:

Post a Comment