Ayuh sama-sama mengenali insan terpilih
tersebut:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan
isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg
tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan
lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah- Beliau isteri
Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman
dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum
menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd
suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan
Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan
seorang ibu mithali).5) Siti Mariam- Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi
imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun
Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu
kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.8) Siti Muti’ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah
Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’.
Share From : 9 orang siti yang patut dijadikan contoh
No comments:
Post a Comment