Wednesday, June 18, 2014

Dosa Ibubapa Mendahului Kesalahan Anak-Anak

Renungkan kisah ini:
Mungkin ada antara kita sudah pernah baca kisah ini, tapi tak salahkan kalau baca lagi.
Marilah kita hayati sama-sama.....

ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah mula berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik pentingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."
Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?

Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasional.

Mungkin adik betul-betul perlukan duit RM50. Lagipun bukan selalu adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Belum ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Tadi Ayah fikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik. Ayah penat sangat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...

ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"

Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya.

AYAH: "Kenapa adik minta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"
ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh tak adik nak beli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."

Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.
 
 
~ Jangan terlalu mengejar kebendaan sehingga mengabaikan yang ada disisi kita. Berilah mereka sedikit bahagian masa kita untuk mengimbangi kehidupan berkeluarga. 
 


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika kita sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, pengasuh, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.

Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih sayang diberi.

Seandainya kita memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret kita ke suasana yang menjadikan ianya tersepit. Kita ada tanggungjawab kepada isteri/suami dan anak-anak.



 Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh misalnya, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh . Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal suami / isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Sabda Nabi Muhamad SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Kesimpulannya, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja yang tidak menguruskan masa dengan bijak.

Wallahualam.

Share from: Biro Agama & Kerohanian Kelab MATRADE 





~ Sesungguhnya setiap anak itu, amat memerlukan kasih sayang kedua ibu bapanya. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang sibuk bekerja. Walaupun mungkin ada sesetengah beranggapan bahawa anak-anak juga sudah mendapat kasih sayang dan layanan yang 'baik' di taska atau di rumah pengasuh mahupun dengan datuk neneknya, namun takkan sama dengan kasih sayang daripada ibubapa sendiri. Beruntunglah bagi golongan ibu yang tidak perlu keluar membantu suami mencari nafkah kerana Allah telah mengurniakan masa 24 jam 7 hari anda bersama anak anda. Anda adalah golongan yang bertuah! Sekiranya anda hilang sabar dengan anak anda, ingatlah 'tuah' tersebut. Bagi para ibu yang bekerjaya pula, jangan kuatir pasti ada ganjaran besar buat anda. Apa yang penting, sebagai ibu, anda perlu pandai membahagiakan masa antara bekerja, menguruskan rumah tangga dan meluangkan masa bersama anak-anak. Ingat bahawa masa anda dengan anak anda adalah terhad. Tanpa anda sedari, anak anda sekelip mata berubah menjadi dewasa. Sesunggunya anak itu adalah anugerah. Mereka adalah hadiah teristimewa dari Allah kepada kita. Hargailah mereka.

~DOA KELUARGA BAHAGIA~
 
 
 

2 comments:

  1. alahai.. saya kalau baca2 bab2 macam ni.. mesti rasa sayu jer kat hati.. semoga kite akan jadi ibu bapa terbaik tuk anak2 kite..insyaa Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sma la kt Ati..Nama pon ibu kn.. Mudah2an kt jd ibu bapa yang terbaik buat anak-anak.. Amen3.. :)

      Delete