Saturday, June 21, 2014

Resepi kek coklat moist mudah dan sedap!

Hari nie saya nak kongsi sikit resepi Coklat Moist Kek Kukus yang paling mudah dan sangat simple!

Bahan A :
- 1 Cawan Gula Aising
- 1 Cawan Susu Pekat
- 1 Cawan Minyak Jagung - minyak biasa pon boleh
- 1/2 Cawan Sebuk Koko Jenama Nona - Jenama apa pon boleh jugak
- 1 Cawan Air Panas
*Semua bahan di atas kacau rata

Bahan B:
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Serbuk Penaik
*Semua bahan di atas kacau rata
* Semua sukatan cawan guna jenis cawan yang sama.

Bahan C:
- 4 Biji Telur
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
* Pukul bahan di atas sehingga kembang

Bahan Topping:
- 250 ml Susu full cream dutch lady
- Coklat Bar Nona - Dipatah-patahkan
- Sedikit minyak masak
* Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak dengan api perlahan sehingga coklat bar cair

Cara-Caranya:
1. Panaskan bekas pengukus
2. Satukan Bahan B dan C ke dalam Bahan A
3. Kacau sebati, tuang ke dalam Loyang
4. Kukus Selama 30 Minit
5. Bila sudah masak, biarkan ia sejuk seketika
6. Sediakan topping
7. Sejukkan topping
8. Bila topping dah sejuk, tuangkan ke atas kek
9. Sejukkan kek ke dalam peti ais seketika untuk keraskan topping
10. Boleh la di hias menggunakan buah ceri atau strawberry.

~ Selamat Mencuba :)



No comments:

Post a Comment