Bagi pasangan suami isteri yang berkahwin sudah pasti ternanti-nantikan berita mengenai kehamilan isteri. Bila dapat tahu isteri hamil, sudah pasti berita tersebut sangat mengembirakan. Lebih-lebih lagi bagi kandungan anak pertama. Kemudian akan tertanya-tanya jantina anak yang dikandungkan.
Melalui scan jantina bayi, kalau tak silap saya, hanya boleh mula diketahui seawal 4 bulan setengah kehamilan. Semua tip di bawah adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri. Saya mempunyai anak sulung, lelaki manakala anak kedua saya adalah perempuan. Di harap tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenali jantina anak. Bagi saya wanita yang hamil tu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. So, tip di bawah nie mungkin ada yang sama 100% dan ada juga yang sama cuma 80%. Jum kita check!

Jika morning sickness ibu sangat teruk, kemungkinan besar bayi perempuan. Jika tiada morning sickness atau tidak terlalu teruk kemungkinan bayi lelaki. Ketika mengandungkan anak lelaki, saya tidak mengalami apa-apa alahan, tetapi semasa mengandungkan anak perempuan saya mengalami morning sickness / mabuk / muntah2 sehingga kandungan berusia 6 bulan.
Bentuk perut
Bayi lelaki - perut kelihatan lebih 'bulat'. Bentuk badan ibu ramping jika dilihat dari belakang. Badan ibu kelihatan lebih berisi ketika hamil. Ada setengah ibu akan mengalami kemban air (kaki tangan membengkak seperti ada air didalamnya)
Bayi perempuan - lebih 'tinggi'memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam'. Perut terlihat seperti tembikai dan melebar. Badan ibu tidak kelihatan ramping. Badan ibu sama seperti sebelum mengandung.
Naluri Ibu
Ramalan ibu tentang jantina bayi biasanya lebih tepat daripada suami atau orang lain. Ramalan paling tepat sudah tentu berpandukan pada keputusan ultrasound. Tetapi jika bergantung kepada naluri, 71% tekaan seorang ibu sentiasa betul.
Makanan kesukaan / Mengidam
Jika ibu lebih kerap mengidam / suka makanan manis, maka bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. Jika ibu lebih kerap mengidam / suka makanan masam, maka bayi yang dikandung ialah bayi lelaki. Berdasar pengalaman, semasa mengandung anak lelaki, saya lebih suka makan makanan masam dan pedas, manakala ketika mengandung anak kedua perempuan saya lebih suka makanan manis dan tidak pedas.
Suhu di tapak kaki
Jika tapak kaki ibu selalu sejuk, kemungkinan besar bayi lelaki. Kajian telah dilakukan oleh Dr Alexander Nachnamen, Jerman. Ibu yang mengandung bayi lelaki lebih kerap mengalami gangguan peredaran darah sehingga tapak kaki terasa sejuk. Semasa mengandungkan anak lelaki, setiap kali tidur malam saya kena pakai selimut dan stokin. Malah sering berlaku kekejangan kaki disebabkan kesejukan. Berbeza dengan mengandungkan anak perempuan, walaupun sepanjang malam pasang air cord tak berselimut dan tak berstokin tak ada masalah.
Posisi bayi dalam kandungan
Posisi tidur
Posisi bayi dalam kandungan
Bayi lelaki - Bayi lebih suka berada di sebelah kanan.
Bayi perempuan - Bayi lebih suka berada di sebelah kiri.
Posisi tidur
Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara.
Bayi perempuan - lebih kerap menghadap ke kanan atau kiri.
Kalau ikut pengalaman pula, bagi saya kedua-dua kandungan posisi tidur sama jer ;)
Kalau ikut pengalaman pula, bagi saya kedua-dua kandungan posisi tidur sama jer ;)
Warna Urine
Mengandungkan bayi lelaki warna urine lebih cerah, manakala ketika mengandungkan bayi perempuan warna urine lebih gelap dari biasa.
Wajah
Bayi lelaki - Ibu Nampak tidak berseri-seri ketika hamil (sbb tidak suka pakai make up dan tak suka berhias semasa hamil)
Bayi perempuan - Ibu akan nampak berseri-seri dan cantik ketika hamil (sbb suka berhias ketika hamil / orang kata seri ibu hamil)
Pengalaman saya semasa mengandungkan anak lelaki saya tak suka bermake up, malah pakai pakaian tak bergosok atau tak maching pon xde masalah. Berbeza dengan mengandungkan anak perempuan, saya pasti akan mengenakan bedak tipis walaupon berada di rumah, malah sekiranya tergesa mahu ke office, baju tidak kemas, lupa berbedak atau pakai perfume akan jadi isu besar buat saya. Walaupun hakikatnya saya bukan jenis yang suka dan pandai bermake up semasa tidak hamil.
DOA Untuk Bayi Dalam Kandungan:
Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. amen..

Saya tertarik dengan blog Dr. Zubaidi Haji Ahmad mengenai Memilih Jantina Anak melalui pandangan sains dan islam. Mungkin nukilan Dr. Zubaidi nie sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan baru bagi ibu bapa.
Walau apa pun jantina anak yang dilahirkan, ingatlah bahawa mereka adalah amanat dari Allah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya.
terima kasih untuk info ini.
ReplyDeleteSesame (^,~)
DeleteTp saye terbalik seperti tertera di atas..
ReplyDeletehurm mgkin pgalaman stiap org xsma kn :)
Deleteterima kasih info mohon share doa bayi tq :)
ReplyDeleteSesame (^,~) ... sila kan :)
DeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.
ReplyDeleteSesame (^,~)
Deletesaya sekarang hamil 6bulan..dan dah disahkan hamil anak lelaki yang pertama.. sy jugk mengalami perkara yg sama.. terima kasih sebab berkongsii
ReplyDeleteYang pastinya.... Mengandung ank lelaki memng takda muntah2 mabok... Ilek jerrr... Mkn pun berselera.
ReplyDeletesama laaaa sebijik
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian. mohon kebenaran untuk share. tq
ReplyDeleteMmg betul masa mengandung anak sulung perempuan sama dgn saya suka manis2 tapi skrg ni tgh mengandung 10 bulan suka mkn yg masam dan pedas... terima kasih untuk perkongsian..
ReplyDelete