Thursday, June 13, 2013

RESEPI BUBUR BABY SIMPLE

BaHaN-BaHaN Nya:

- 1 Senduk Nasi
- Air Panas
- Isi Ayam (dipotong dadu kecil)
- Lobak Merah (dipotong dadu kecil)
- 1 Sudu Besar Minyak Masak
- 1 Ulas Bawang Putih dan Bawang Merah (dihiris kecil)
- 1 Peket Kecil Sup Bunjut Adabi
- Sebiji Telur
- Garam (secukup rasa)

CaRa-CaRa Nya:

1. Panaskan periuk di atas dapur. Masukkan air panas, satu senduk nasi, ayam dan lobak merah. Biarkan ia masak sampai nasi hancur.
2. Bila hampir hancur, masukkan sup bunjut.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali berasingan, tumiskan hirisan bawang.
4. Tuangkan minyak dan bawang ke dalam periuk berisi bubur nasi itu tadi. Gaul rata.
5. Pecahkan telur masukkan ke dalam periuk nasi. Gaul rata.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masak nasi sehingga menjadi bubur (hancur).
8. Sedia untuk di berikan kepada si manja anda!

P/S:
~ Gunakan nasi yang baru masak, jangan gunakan nasi semalam pulak tau. 
~ Resepi ni tak gunakan beras sebaliknya gunakan nasi beserta air panas untuk mempercepatkan proses membuat bubur.
~ Pastikan anda memotong ayam dan lobak sekecil yang boleh bagi memudahkan ianya masak dan hancur selain memudahkan anak anda makan.
~ Bawang goreng tu untuk menaikkan aroma.
~ Telur untuk sedapkan lagi bubur tu. Kalau tak masukkan pun xpe. Terpulang kepada selera masing-masing.
~ Diingatkan bahawa resepi ini untuk bayi berusia 8 bulan ke atas. Lebih baik diberikan kepada bayi yang sudah tumbuh gigi.

Selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment